Saturday, April 18, 2009

Anda mengalami masalah rambut gugur, kelumumur & beruban....??

Fakta Tentang Rambut kita:-

  • rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh manusia selepas sum-sum tulang;
  • 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa;
  • secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam), 80,000 (merah), perang (120,000);
  • 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi "berehat", 100 helai rambut gugur setiap hari dianggap biasa;
  • sehelai rambut boleh menampung beban seberat 100gm. Secara teorinya seluruh rambut dikepala boleh menampung berat 2 ekor gajah;
  • rambut orang Asian tumbuh lebih cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh) berbanding orang Afrika dan orang Barat;
  • Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut;
  • kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut;
  • masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada;
  • hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun;
  • pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan edngan masalah sama;
  • uban terjadi kerana faktor usia, genatik, faktor kesihatan dan faktor persekitaran;
  • merokok juga membuatkan rambut cepat beruban. Perokok memiliki risiko 4 kali lebih cepat untuk beruban dan mengalami rambut gugur
  • syampu berasal dari perkataan Hindi "champna" bermakna urut;
Sumber:- Dr. Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair Research & Treatment Centre Vancouver Hospital & Health Sciences Centre.

No comments:

Post a Comment